Amaran ribut petir di 10 negeri petang ini

Sebaran :

Amaran ribut petir di 10 negeri petang ini

Penduduk di 10 negeri termasuklah Kuala Lumpur dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir di negeri-negeri terlibat diramalkan berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

“Antara negeri terlibat termasuklah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak di mana ramalan ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 4 petang nanti.

“Bagaimanapun, di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka, amaran itu berlarutan hingga 5 petang nanti,” katanya sebentar tadi.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di kawasan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah sehingga pukul 4 petang manakala di Yan dan Kuala Muda berlarutan hingga 5 petang.

Ketika ini, orang ramai mula membanjiri Langkawi bagi menghabiskan cuti hujung minggu selepas kerajaan membenarkan kunjungan ke pulau peranginan itu bermula 16 September menerusi konsep gelembung pelancongan.

Justeru, orang ramai termasuk pelancong di Langkawi dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran cuaca yang dikeluarkan itu. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Amaran ribut petir di 10 negeri petang ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply