Azizulhasni bengang dengan pengunjung tempat perkelahan

Azizulhasni bengang dengan pengunjung tempat perkelahan

NAMPAKNYA kejadian sebuah kawasan reakrasi dicemari sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung mencolok mata banyak pihak.

Sikap tidak ada kesedaran sivik sekaligus menonjolkan perilaku pengotor pengunjung di sebuah kawasan perkelahan turut mendapat perhatian jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Beliau menyindir sikap pengunjung yang masih berperangai seperti orang tidak bertamadun sedangkan dunia kini dalam era kereta terbang.

“Berdasarkan gambar yang dikongsikan tu, kita tolak tepi dulu kat mana tempat kejadian, siapa punya angkara, bila benda tu berlaku dan sebagainya.

“Akan tetapi saya nak anda semua fikir sejenak kenapa perkara tersebut masih boleh berlaku? Dah habis fikir dah? Kita ni dah masuk tahun 2021 korang. Era di mana kereta terbang apa semua itu macam.

“Tak kanlah bila bab keluar pergi mana-mana tempat, masih tak reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya? Errr tapi tak ada tong sampah la, macam mana tu?” kata Azizulhasni.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2021 berkata, sebagai manusia mereka perlu mempunyai kesedaran sivik tambahan pula Malaysia adalah negara Islam.

Katanya, tidak kira sama ada seseorang itu pandai atau tidak yang penting memiliki akhlak.

“Islam itu amat menitik beratkan kebersihan. Dalam Surah Al-Maidah ayat 6, Allah menuntut umat Dia untuk mengambil wuduk setiap kali sebelum solat. Disitu sudah jelas menunjukkan kebersihan itu adalah keutamaan dalam Islam.

“Saya kalau ada sampah kecil-kecil yang kalau saya buang macam tu je orang tak kan perasaan, saya akan masukkan dalam poket dulu, bila jumpa tong sampah barulah saya akan buang kat situ,” ” kata Azizulhasni.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mempunyai maruah dan tidak membuang sampah membuta tuli.

Mungkin kerana terlalu sakit mata dan sakit hati dengan sikap pengotor yang ditunjukkan oleh pengunjung, Azizulhasni mengajar mereka cara membuang sampah yang betul.

“Meh sini abang nak kongsi sikit, lain kali kalau dah tahu nak pergi tempat-tempat macam ni, pastikan bawa satu plastik sampah, tak pun satu plastik besar sikit.

“Lepas dah settle apa-apa aktiviti korang tu, masukkan semua sisa-sisa yang tidak diperlukan ke dalam plastik tersebut, ikat elok-elok dan bawa sekali ke kenderaan korang.

“Dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, bila nampak ada tong sampah atau yang bersamaan waktu dengannya, maka buang lah disitu. Khalas,” kata Azizulhasni.

Azizulhasni mahu pihak yang ditegur menerima nasihat yang diberikan.

Pesan beliau, jangan hanya pandai memberi nasihat dan menjadi keyboard warrior apabila orang membuat salah tetapi tidak dapat menerima apabila ditegur.

“Jangan malukan status kita sebagai ‘keyboard warrior’ terbaik dunia. Jangan bab orang buat salah je kita cepat menghentam. Kalau kita buat salah pula, kenalah bersikap terbuka, terima dan cuba perbaiki mana yang boleh lah, tak gitchew ?” kata Azizulhasni. SM

Azizulhasni bengang dengan pengunjung tempat perkelahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker