Tukang cuci Hospital Bahagia piket, tuntut gaji naik RM30

Tukang cuci Hospital Bahagia piket, tuntut gaji naik RM30

Sekumpulan 40 pekerja kontrak pembersihan hospital kontrak ditugaskan bekerja di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh, hari ini mengadakan piket di luar kemudahan psikiatri itu dengan beberapa tuntutan, termasuk kenaikan gaji secara saksama sebanyak RM30.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia M Sarasvathy berkata masalah itu timbul setelah kontrak pembersihan hospital kerajaan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis diambil alih oleh Edgenta UEMS – anak syarikat berkaitan kerajaan UEM Edgenta – pada 1 Jan tahun lalu.

Tuntutan utama mereka adalah kenaikan RM30 kepada semua pekerja sejak bulan Julai dan bukannya hanya beberapa orang terpilih yang lulus penilaian mereka.

“Gaji baru adalah RM1,230 tetapi 90 peratus pekerja kontrak pembersihan tidak mendapat kenaikan itu.

“UEMS tentu mampu memberikan kenaikan RM30 yang kecil ini kepada semua pekerja,” kata Sarasvathy pada satu kenyataan.

Dia berkata pekerja juga menuntut pemulihan cuti umum dan manfaat elaun perubatan mereka sebelum ini yang didakwa dipotong dari 15 hari menjadi 11 hari dan daripada RM1,000 menjadi RM200.

Pekerja yang berkumpul di lokasi itu dilihat membawa sepanduk tuntutan mereka, yang juga termasuk elaun pekerjaan berbahaya Covid-19, pakaian seragam baru dan bayaran (one off) RM700.

Dikenal sebagai kemudahan psikiatrik terbesar di negara ini, difahamkan Hospital Bahagia Ulu Kinta juga terlibat menerima kemasukan pesakit Covid-19.

Terdahulu, Sarasvathy memimpin para pekerja berpiket yang berlangsung sekitar 20 minit sebelum bersurai dengan tenang pada jam 4 petang tadi.

“Mengadakanpiket adalah hak kita bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Ini adalah masalah antara pekerja dan majikan.

“Hari ini kami mengikuti arahan polis, tetapi perkara ini tidak akan berakhir di sini,” kata Sarasvathy.

Sebelum ini, Sarasvathy yang juga ahli jawatankuasa PSM memberitahu Malaysiakini dia dihubungi oleh polis dari ibu pejabat polis daerah Ipoh yang bertanya mengenai piket itu dan adakah kesatuan itu akan disertai oleh NGO lain. Mk

Tukang cuci Hospital Bahagia piket, tuntut gaji naik RM30


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker