Jururawat maut nahas angkara jalan berbonggol

Jururawat maut nahas angkara jalan berbonggol

KOTA BHARU: Perjalanan seorang jururawat ke tempat kerjanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, berakhir tragedi petang tadi apabila maut dalam nahas selepas keretanya hilang kawalan akibat keadaan berbonggol di tengah jalan raya.

Dalam kejadian di Bunut Payong jam 2.15 petang itu, kereta dipandu Wan Nurintan Farahida Wan Hasan, 35, terbabas sebelum merempuh tiang elektrik serta bahagian hadapan sebuah kedai berhampiran menyebabkan mangsa tersepit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta jenis Nissan Almera dari arah Wakaf Che Yeh menghala ke Kota Bharu untuk ke tempat kerja.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa melalui satu selekoh dan kenderaannya dipercayai hilang kawalan ketika menempuh laluan yang terdapat bonggol di tengah jalan.

“Akibat kejadian itu, kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri laluan sebelum melanggar tiang elektrik dan bahagian hadapan sebuah kedai berhampiran.

“Mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh bantuan pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, untuk proses bedah siasat. BH

Jururawat maut nahas angkara jalan berbonggol


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker