Chong Wei sumbang RM243,000 untuk katil rawat Covid-19

Chong Wei sumbang RM243,000 untuk katil rawat Covid-19.

Bekas jaguh badminton negara, Lee Chong Wei menyumbang sebanyak RM243,000 bagi menambah 32 katil di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk merawat pesakit Covid-19.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim memaklumkan perkara itu selepas beliau dan Chong Wei mengadakan perbincangan minggu lalu berhubung keperluan menambah kapasiti katil di HBM.



“Peningkatan kapasiti ini juga membolehkan kes Covid-19 yang serius mendapat rawatan awal di sini (HBM) sementara menunggu (ditempatkan) di ICU Hospital Pulau Pinang,” katanya di Facebook sambil memaklumkan usaha itu bagi mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19.

Katanya, sumbangan itu disalurkan melalui Yayasan Lee Chong Wei.

“Terima kasih Yayasan Lee Chong Wei yang menyumbang penuh kos projek sebanyak RM243,000,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Chong Wei sumbang RM243,000 untuk katil rawat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker