Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf

Maszlee Malik memohon maaf atas dialog yang dilihat merendahkan martabat wanita dalam watak sebuah drama bersiri yang dilakokannya.

Maszlee – yang melakonkan watak seorang bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam drama bersiri Kudeta, berkata dialog tersebut tidak sepatutnya diungkapkan.

“Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dia berkata demikian susulan kritikan terhadapnya, di mana dia yang memegang wata sebagai Jamal Banna dalam satu babak menghina perdana menteri baru, Mariam Imran yang dimainkan oleh Vanidah Imran.

Mariam (Vanida) kemudian menampar Jammal atas kata-kata yang diutarakannya.

Dialog itu mendapat kritikan kerana ia memberi bayangan bahawa Mariam tidak lagi mempunyai daya tarikan seksual.

Dalam kenyataannya, Maszlee turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang yang memberikan kritikan dan menasihatinya.



Dia juga berharap agar stesen televisyen yang menyiarkan drama siri tersebut, Astro menapis babak tersebut bagi menghormati sensitiviti ramai pihak.

“Saya menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat. Namun, ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya.

“Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat dipenjara, yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua,” katanya.

Pada masa sama, dia menyeru orang ramai untuk menonton drama tersebut, yang menurutnya sebagai “drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi.”



“Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut,” katanya.

Kudeta merupakan drama bersiri lapan episod yang disiarkan di Astro Ria bermula 20 Nov tahun lalu sehingga 8 Jan tahun ini.

Salah seorang penulis skrip drama tersebut merupakan Imran Sheik, yang juga terlibat dalam filem politik Daulat, yang diinspirasikan selepas kejayaan PH memenangi PRU 2018.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker