Semak di MySejahtera, bukan daripada tangkap layar, Khairy ingatkan pemilik premis

Semak di MySejahtera, bukan daripada tangkap layar, Khairy ingatkan pemilik premis

Pemilik premis dinasihatkan supaya memeriksa sijil digital vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera, bukan daripada tangkap layar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia bagi mengatasi isu penyalahgunaan atau penipuan sijil digital yang mula dikesan sejak kebelakangan ini.

“Kerajaan juga telah membangunkan satu aplikasi pengesaha atau Verifier App yang boleh membaca kod QR vaksin MySejahtera untuk tujuan pengesahan oleh penguat kuasa atau sesiapa sahaja yang memuat turun aplikasi ini daripada App Store,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Khairy menjawab pertanyaan Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta kerajaan menyatakan langkah bagi mengatasi isu penyalahgunaan atau penipuan sijil digital vaksinasi Covid-19.

Khairy Jamaluddin.
Sementara itu, Khairy berkata, sekiranya seseorang pemilik sijil digital mendapati sijilnya disalah guna atau berlaku pemalsuan sijil manual, mereka boleh membuat laporan kepada pihak polis.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa seorang individu sudah dijatuhi hukuman penjara manakala sembilan yang lain dituduh di mahkamah kerana memalsukan sijil vaksinasi.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan mengikut negeri, 10 individu berkenaan membabitkan seorang individu di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) dan Sabah (dua).

“Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak dan mahkamah sudah membuat sabitan dengan menjatuhkan hukuman penjara,” katanya. FMT

Semak di MySejahtera, bukan daripada tangkap layar, Khairy ingatkan pemilik premis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker