PM seru rakyat bugar semangat perpaduan ‘Keluarga Malaysia’

Hari Malaysia: PM seru rakyat bugar semangat perpaduan ‘Keluarga Malaysia’

Rakyat di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseru untuk membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya serta dihormati, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dalam hantaran di Facebook rasminya sempena Hari Malaysia berkata, biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dalam semangat harmoni.



Beliau berkata, Malaysia yang terbentuk pada 16 Sept 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung perpaduan negara.

“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lepas, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.

“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi. Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

PM seru rakyat bugar semangat perpaduan ‘Keluarga Malaysia’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker