Anwar ulas dakwaan MOU ‘tak cukup tegas’ banteras rasuah

Anwar ulas dakwaan MOU ‘tak cukup tegas’ banteras rasuah

Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hari ini mengulas dakwaan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara blok pembangkang Pakatan Harapan dan kerajaan pimpinan Umno tidak cukup tegas membanteras rasuah.

Jelasnya, memorandum itu mempunyai klausa khusus yang menekankan terhadap prinsip urus tadbir yang baik dan kebebasan badan kehakiman.

“Kalau teliti MOU, yang ditekankan tata kelola yang baik, good governance. Itu tidak mungkin berlaku kalau rasuah menular.

“Kedua disebut juga kebebasan badan kehakiman yang ditekankan dalam salah satu peruntukan MOU.

“Saya boleh jelaskan kepada TI, bahawa sebenarnya membanteras rasuah itu salah satu pendirian kami dan PH ini antara hal yang menjadi asas. Tidak boleh kompromi,” kata ahli parlimen Port Dickson MP merujuk NGO antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M).

Anwar bercakap pada sidang media maya pagi ini, ketika dia diminta mengulas kenyataan TI-M semalam.

NGO itu khuatir memorandum berkenaan tidak menyertakan janji-janji reformasi mengenai Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik, pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya serta penubuhan SPRM sebagai suruhan jaya oleh perlembagaan.

[Berita penuh menyusul]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Anwar ulas dakwaan MOU ‘tak cukup tegas’ banteras rasuah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker