Bersama kita usahakan Malaysia makmur dan sejahtera – Najib

Sebaran :

Bersama kita usahakan Malaysia makmur dan sejahtera – Najib

Kisah perjalanan Malaysia ini penuh peristiwa dan banyak kenangan juga.

Tahun-tahun yang datang dan berlalu pergi bermula dari 16 September 1963, Malaysia boleh dikatakan negara yang telah melalui banyak perubahan.

Daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, kita kemudiannya muncul sebagai negara perindustrian moden dan kini pula sektor perkhidmatan berkemahiran dan industri berteknologi tinggi menjadi tunjang ekonomi Malaysia.

Kita juga telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

Dengan kejadian ancaman terhadap demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, rusuhan kaum, dan yang membawa kesan besar terhadap kehidupan harian rakyat seperti kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan.

Namun demikian, jelas sekali kita berjaya menangani setiap satunya dengan berjaya.

Malah, setiap langkah yang kita ambil tahun demi tahun membawa kepada kemakmuran dan pembangunan Malaysia. Dari Perlis ke Sarawak dan Sabah.

Bagaimana?

Hanya dengan perancangan yang bersesuaian, dan pelaksanaan yang tepat.

Perancangan hanya sia-sia jika sekadar di mulut atau atas kertas, tidak jelas, tidak teratur.

Perancangan hanya mempertaruhkan rakyat dan negara jika dianggap bukan janji.

Perancangan hanya janji kosong jika tidak ada pelaksanaan.

Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membuahkan hasil untuk rakyat.

Bagi saya, kita sudah kehilangan banyak masa yang berharga dalam beberapa tahun ini.

Bermula dengan janji-janji kosong, diikuti perancangan yang tidak berkesan, dan akhirnya kegagalan dalam pelaksanaan.

Kita perlu segera kembali kepada landasan pembangunan yang tepat dan berpaksikan rakyat.

Untuk Semenanjung Malaysia.

Untuk Sarawak.

Untuk Sabah.

Untuk Malaysia.

Untuk anak-anak kita, generasi seterusnya.

Rancangan perlu dilaksanakan.

Janji perlu ditepati.

Sama-sama kita usahakan Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia.

Salam 1Malaysia, salam Keluarga Malaysia.

Najib Razak

Bersama kita usahakan Malaysia makmur dan sejahtera – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu


Sebaran :

Leave a Reply