Kemunculan harimau di Dungun dipantau Perhilitan

Kemunculan harimau di Dungun dipantau Perhilitan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu melakukan pemantauan susulan penemuan seekor harimau belang di laluan berhampiran Kampung Jongok Batu, Dungun pada minggu lalu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, laporan kemunculan haiwan tersebut bukan satu perkara pelik kerana kawasan itu terletak berhampiran hutan simpan yang merupakan habitat harimau.

“Kita ada menerima laporan mengenai penemuan harimau ini dan pasukan Perhilitan sudah membuat pemantauan sewajarnya di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak memberhentikan kenderaan untuk merakam gambar atau video sekiranya terserempak dengan harimau belang bagi mengelak sebarang ancaman.

Kean Seong berkata, masyarakat juga diharap tidak berkongsi penemuan haiwan tersebut di dalam media sosial kerana bimbang maklumat itu menarik kehadiran pemburu haram.

“Sebaliknya segera laporkan sebarang penemuan haiwan liar kepada Pejabat Perhilitan berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Setakat ini, kita sudah menerima dua laporan berhubung harimau belang sepanjang bulan Januari tahun ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehadiran seekor harimau belang di jalan berhampiran Kampung Jongok Batu yang ditemui pengguna jalan raya tersebut. Sinar

Kemunculan harimau di Dungun dipantau Perhilitan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker