MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
Pakatan Harapan (PH) hanya akan menyokong atau berkecuali selepas proses Rang Undang-Undang Belanjawan 2022 dirunding dan dipersetujui.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata ini sekali gus menolak tanggapan bahawa PH wajib menyokong RUU berkenaan selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan semalam.
“Ada yang menganggap apabila termeterai MoU ini PH wajib menyokong Belanjawan 2022. Itu tidak benar. Dalam MoU ini disebut kita boleh mengambil pendirian menyokong, berkecuali, bagi undi Belanjawan 2022 selepas proses penggubalan RUU tersebut dirunding dan dipersetujui.
“Ini bermakna tanggungjawab Menteri Kewangan dan pembangkang untuk mengambil sikap terbuka bersedia duduk berunding,” katanya ketika membahaskan titah Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, beliau tidak mahu situasi ketika rundingan bagi RUU Belanjawan 2021 berulang.
“Jangan seperti Belanjawan 2021 Menteri Kewangan panggil (pembangkang) ada perbincangan kemudian dia longgok dalam belanjawan, anggap kita dah setuju dan terima.
“Kalau nak ada kerjasama, untuk kita menyokong dan berkecuali mesti ada proses rundingan dan kita bersetuju perkara-perkara asas,” katanya.
Semalam, kerajaan persekutuan dan PH memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU yang terhasil daripada beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang itu ditandatangani secara bersama oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang.
Ia mengandungi tawaran transformasi Parlimen dan pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik bagi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Turut menandatangani MoU itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau. FMT
MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.