Isu air di Kelantan, Fizo Omar gesa kerajaan negeri bertindak

Sebaran :

Isu air di Kelantan, Fizo Omar gesa kerajaan negeri bertindak

Pelakon Fizo Omar menggesa pihak berwajib khususnya kerajaan negeri Kelantan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah air tercemar yang masih dihadapi rakyat negeri berkenaan sehingga hari ini.

Fizo, 36, menerusi satu hantaran Instagramnya melahirkan rasa kecewa kerana masalah kualiti air di Kelantan masih tidak berkesudahan sejak sekian lama.

Dalam perkongsian tersebut, Fizo turut memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sendiri melalui pengalaman menerima bekalan air kotor di negeri kelahirannya itu.

“Tolong lakukan sesuatu kerajaan negeri! Bukan nak merungut tetapi sebagai rakyat saya rasa patut bersuara mengenai kualiti air di Kelantan.

Masalah ini bukan isu baru pada hari ini tertapi sudah bertahun-tahun. Air ialah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain daripada air dari paip kerajaan,” kata pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu.

Tambah pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, dia berharap agar suaranya sebagai rakyat negeri tersebut didengari dan pihak berwajib mengambil tindakan segera.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan, saya mohon maad sekiranya hantaran ini mencetuskan rasa tidak selesa tetapi inilah hakikatnya.

“Diharap suara saya ini didengari dan pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk kebaikan semua rakyat Kelantan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut Instagramnya turut berkongsi pengalaman apabila turut melalui perkara tersebut. Ramai sependapat dengan Fizo dan sudah tidak boleh bersabar dengan kualiti air yang keruh, berbau dan berkeladak yang dihadapi setiap hari.

“Setuju sangat-sangat. Tolonglah bantu isu air di Kelantan. Memang teruk sangat, kesian rakyat Kelantan,” komen seorang netizen.

Difahamkan, masalah bekalan terganggu dan kualiti air kotor sudah lama disuarakan oleh penduduk Kelantan namun isu tersebut masih kerap berlaku sehingga hari ini. K Online

Isu air di Kelantan, Fizo Omar gesa kerajaan negeri bertindak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu


Sebaran :

Leave a Reply