Solat saya pun bersepah dulu – Zul Ariffin

Solat saya pun bersepah dulu – Zul Ariffin

Semakin berubah daripada penampilan imej sejak kebelakangan ini selain bertindak menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun ini, ramai yang menebak bahawa Zul Ariffin mungkin bakal berehat daripada dunia lakonan.

Walaubagaimanapun, pelakon lelaki berbadan sasa itu menafikan sekerasnya mengenai dakwaan berkenaan.



Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan atau melakukan penghijrahan. Buat masa ini, saya secara perlahan-lahan sedang cuba untuk memperbaiki diri dan kerjaya.

Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo Online!, Zul menjelaskan bahawa dia sudah lama mendalami ilmu agama namun hanya diketahui ramai baru-baru ini.

Malah mengakui bahawa dia memahami perasaan sesiapa yang baru menjejaki dunia berkenaan, selain mendedahkan bahawa dia bukanlah seorang hamba yang sempurna dahulu.

https://www.instagram.com/tv/CTuo_MvlpPM/?utm_medium=copy_link



Saya faham sebab sebelum ini pun, saya tergolong dalam kalangan orang yang bersepah solat. Saya faham kesukaran dan ujian untuk memulakan sesuatu terutama tiang agama. Itu belum perihal yang lain.

Semoga Zul bahagia dengan jalan yang dipilih.

Solat saya pun bersepah dulu – Zul Ariffin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker