“Perhimpunan Selamatkan Malaysia” tiada permohonan permit diterima – Ketua Polis Kuala Lumpur

Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran “Perhimpunan Selamatkan Malaysia” yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan dan kegagalan berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang.

“Tempoh itu telah pun berakhir namun masih belum ada sebarang permohonan dibuat penganjur, ” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, di Kuala Lumpur, hari ini.



Allaudeen berkata setakat ini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dengan lima individu telah dirakam keterangan termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Tiga lagi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia (Muhammad Hilman Idham) dan dua wartawan yang membuat liputan sewaktu sidang media Ahmad Fadhli mengenai perhimpunan itu.

“Seorang lagi individu diminta hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan polis,” katanya.

– Bernama



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker