Percikan api cetus kebakaran, kilang besi rugi RM8j

Sebaran :

Percikan api cetus kebakaran, kilang besi rugi RM8j

KUALA NERUS: Sebuah kilang pembuatan besi di kawasan perindustrian Gong Badak, di sini, musnah kira-kira 80% dalam kebakaran petang tadi, dengan nilai kerugian dianggarkan RM8 juta.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Terengganu Mohd Mazimi Mohamad, berkata sejurus menerima panggilan pada 3.19 petang, seramai 45 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus dan Kuala Terengganu bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik pihak bomba tiba di lokasi, kilang tersebut telah terbakar 80%. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal api. Terdapat banyak bahan mudah terbakar di dalam kilang tersebut yang menyukarkan proses pemadaman api,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini.

Bagaimanapun, katanya kesemua lapan pekerja sempat keluar menyelamatkan diri.

Sementara itu, penyelia kilang Bryan Ng, berkata ketika kejadian seorang pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pengimpalan besi sebelum berlaku percikan api yang dikatakan menjadi punca kebakaran.

“Pada mulanya kami cuba padam api, tetapi api sangat marak dan menjulang hingga ke bumbung,” katanya sambil memaklumkan kilang berkenaan telah beroperasi sejak 31 tahun lalu. FMT

Percikan api cetus kebakaran, kilang besi rugi RM8j


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply