Pelajar, kakitangan IPT boleh vaksin secara walk-in

Sebaran :

Pelajar, kakitangan IPT boleh vaksin secara walk-in

Pelajar dan kakitangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh mendapatkan vaksin secara walk-in sebelum sesi pembelajaran secara fizikal dibuka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagi pelajar yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan perlu menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan.

“Bagi melancarkan proses kemasukan pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) melalui insiatif VACC2 Campus giat mempertingkatkan jumlah warga IPT yang mendapat vaksin lengkap.

“Justeru itu, pelajar dan kakitangan IPT boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan hanya membawa kad pelajar atau kad pekerja serta kad pengenalan,” katanya pada pengumuman pengoperasian IPT tadi.

Sementara bagi pelajar baharu pula, perlu membawa surat tawaran ke IPT dan kad pengenalan atau pasport.

Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula kembali ke kampus masing-masing secara berperingkat mulai 15 Oktober ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi libat urus membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), naib canselor dan timbalan naib canselor serta wakil persatuan pelajar.

Katanya, bagaimanapun kemasukan pelajar adalah tertakluk kepada mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 dan melepasi tempoh ditetapkan (selepas suntikan dos kedua).

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) ketat akan terus dilaksanakan di semua IPT berkenaan bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa diberi keutamaan.

“Bagi pelajar atau kakitangan IPT yang belum menerima vaksin, mereka boleh mendapatkannya di pusat pemberian vaksin (PPV) secara ‘walk in’ dengan membawa kad pelajar atau kad pekerja serta kad pengenalan mereka,” katanya ketika pengumuman mengenai operasi IPT.

Pelajar, kakitangan IPT boleh vaksin secara walk-in


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply