Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad

Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad

Sehari selepas Memorandum Persafahaman Kerajaan-PH dimeterai, suhu politik kembali panas.

Pemilihan Timbalan Speaker terpaksa tangguh. Katanya MP Bersatu dan 4 Bebas menolak pencalonan Ahmad Maslan sebagai calon kerajaan.

Sudah tentul pihak yang berdendam terhadap Ahmad Maslan menjadi dalangnya. Dan sudah tentu kluster mahkamah dijadikan alasan.

Kenapa double standard? Memorandum yang dimeterai melibatkan DAP. Apakah Lim Guan Eng bukan kluster mahkamah? Dia naik atas pentas mewakili DAP semalam.

Kerana bimbang Nga Kor Meng calon DAP menang percuma, katanya Kerajaan minta ehsan PH supaya bersetuju mengeluarkan agenda memilih Tiimbalan Speaker daripada senarai aturan Parlimen hari ini.

Susulan itu, pindaan Perlembagaan akan dibuat untuk menambah jawatan Timbalan Speaker kepada 3 orang. Satu darinya akan diberi pada DAP jika sokong pindaan itu.

Bermakna ada tambahan item baru dalam memorandum persafahaman Kerajaan-PH. Politiking berterusan.

Semoga Perdana Menteri tidak membiarkan dirinya nampak lemah dan mudah ditekan. Membimbangkan, sampai tahap pinda perlembagaan.

Puad Zarkashi

Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker