Pemandu treler kecut perut serah sendiri ganja

Sebaran :

Pemandu treler kecut perut serah sendiri ganja

JASIN – Gara-gara panik melalui sekatan jalan raya (SJR), seorang pemandu treler menyerahkan sendiri bekalan ganja yang dibawanya dalam muatan treler di laluan keluar Tol Lipat Kajang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, suspek berusia 53 tahun dalam perjalanan membawa muatan cermin dari negeri ini ke Klang, Selangor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri (JSJN) negeri, Deputi Superintendan Mohd. Akmal Abdullah berkata, sejurus tiba di SJR, pasukan polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas treler dipandu suspek.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu treler berkenaan tiba-tiba menyerahkan satu kotak kertas kecil yang diambil daripada ruang rehat di belakang kerusinya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan kotak tersebut mengandungi satu ketulan tumbuhan kering dadah jenis ganja seberat 600 gram bernilai RM1,000.

“Dipercayai suspek bertindak sebagai ‘transporter’ dan membawa dadah tersebut untuk rakannya.

“Hasil soal siasat suspek mempunyai empat orang anak dan tidak mempunyai rekod lampau jenayah,” katanya.

Tambahnya, saringan ujian air kencing ke atas suspek bagaimanapun didapati positif ganja.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 19 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. K Online

Pemandu treler kecut perut serah sendiri ganja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply