10 Pintu Syaitan Dalam Diri Manusia

10 Pintu Syaitan Dalam Diri Manusia

Allah berfirman “(Syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu hanyalah menjanjikan tipu daya kepada mereka. Mereka yang tertipu itu tempatnya di dalam neraka jahanam, dan mereka tidak ada tempat lain untuk lari darinya.” (surah an-Nisa’ :120 &121)

Menurut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui sepuluh pintu iaitu:



1.Melalui sifat bohong dan angkuh. Dua sifat ini begitu mudah disemai dan subur dalam diri manusia, berpunca dari keegoan mereka yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2.Bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak melalui kewajipan berzakat dan bersedekah. Namun amat sukar sekali ia dilaksanakan.

3.Takbur dan bongkak. Sifat ini bertapak dalam diri kerana merasakan dia sudah memiliki segalanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan boleh ditarik Allah bila-bila masa. “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.” (surah an-Nahl: 23)

4.Khianat. Ia bukan bermaksud hanya melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.



5.Tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Baginda s.a.w selalu menasihati para sahabat agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka dinasihati atau menerima nasihat.

6.Hasad dengki. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Pesan Baginda s.a.w. “hindarilah kamu dari sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu, sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Muslim)

7.Meremehkan orang lain. Sifat ini lahir apabila dia merasakan dirinya cukup sempurna. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika hendak dibandingkan dengan apa yang dimiliki. Rasulullah pernah bersabda, “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.” HR Muslim

8.Ujub dan bangga diri. Sifat mazmumah ini sering kali menyubur dalam diri terutama apabila merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain.



9.Berangan-angan. Islam amat menitik beratkan agar umatnya berusaha dan tidak hidup dalam kemalasan. Mereka yang mempunyai sifat ini biasa adalah yang gemar berpeluk tubuh, dan menyimpan impian yang tinggi tetapi begitu malas berusaha untuk memperolehnya.

10.Buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Baginda s.a.w. bersabda

“Nanti akan ada seseorang yang berkata pada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya telah rosak dirinya.” HR Muslim

10 Pintu Syaitan Dalam Diri Manusia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker