Pekerja maut tersepit ‘spin chiller’ di kilang

Pekerja maut tersepit ‘spin chiller’ di kilang

Batu Pahat: Seorang pekerja maut selepas tersepit dalam jentera mesin pemutar pendingin atau spin chiller di sebuah kilang memproses produk ayam sejuk beku di Jalan Ayer Hitam dekat sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor Husdin Che Amat berkata, mangsa membabitkan warga tempatan berusia 40 tahun dan dilaporkan tersepit dalam mesin berkenaan pada 9 pagi.

“Susulan kejadian itu, JKKP menghantar sepasukan pegawai penyiasat bagi menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pekerja am di kilang berkenaan bersama dua orang rakan sekerjanya ditugaskan untuk menjalankan kerja pembersihan jentera kilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Husdin, tiada operasi pengeluaran dijalankan pada hari kejadian dan ketika mangsa menjalankan kerja pembersihan pada jentera mesin pemutar pendingin itu berseorangan sebelum terjatuh ke dalam ruang jentera itu dan dihimpit dengan pengangkut skru atau screw conveyor .

“Operasi jentera kemudiannya dimatikan oleh rakan sekerja selepas melihat kaki mangsa terkapai kapai daripada dalam jentera berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, JKKP mengeluarkan notis larangan kepada majikan atas kegagalan untuk memastikan jentera dikendalikan dengan selamat dan kegagalan untuk mengadakan sistem kerja selamat khususnya sistem Lockout/Tagout (LOTO) bagi kerja pembersihan jentera.

“Majikan juga diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi kerja pembersihan jentera.

“Ia termasuk mengadakan prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko serta latihan yang diperlukan kepada pekerja yang terdedah kepada risiko ketika membersih jentera spin chiller,” katanya. HM

Pekerja maut tersepit ‘spin chiller’ di kilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker