Guna logo BN dalam PRU-15 amat relevan

Guna logo BN dalam PRU-15 amat relevan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh diingatkan menumpukan perhatian kepada penduduk di kawasannya selaku wakil rakyat dan bukan sebaliknya hanya sentiasa bermain politik.

Ketua Penerangan MIC Johor, S. Deva membuat teguran berkenaan kerana wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu didakwanya lebih menumpukan kepada politik sepanjang masa.

Katanya, kenyataan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bahawa pihaknya hanya akan menggunakan logo dacing Barisan Nasional (BN) di Johor dalam pilihan raya umum (PRU) kelak adalah relevan.



“Suka atau tidak, jenama BN sebenarnya telah sinonim dengan rakyat Johor. Parti keramat ini telah memperjuangkan nasib dan kepentingan pelbagai kaum di negeri ini sejak lebih 75 tahun lalu.

“Jadi, mustahil untuk BN perlu menumpang populariti parti lain untuk menang bertanding pada PRU yang akan datang. Itu adalah hakikatnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada 10 September lalu, Che Zakaria mengingatkan Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor agar tidak mencetuskan konflik politik baharu dengan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi yang tidak menghormati parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Che Zakaria dilaporkan berkata, kenyataan Hasni adalah tidak wajar, tidak matang dan provokatif dalam situasi di mana semua parti dalam gabungan PN sudah ‘bertenang’.



Hasni sebelum itu dalam temu bual khas bersama Utusan Malaysia berkata, beliau tidak dapat menerima sekiranya UMNO atau BN menggunakan lambang selain dacing pada PRU-15 kelak di negeri itu

Guna logo BN dalam PRU-15 amat relevan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


BN Johor akan tanding semua kerusi dimenanginya – Hasni



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker