Penternak lembu parah tangan tersepit mesin

Gambar Hiasan

IPOH: Seorang penternak berusia 56 tahun cedera parah setelah tangan kirinya tersepit di dalam mesin ‘shreader’ menghancurkan rumput untuk makanan lembu dalam kejadian di Jalan Kampung Samy, Tapah, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kejadian jam 4.19 petang itu menyebabkan kelima-lima jari sehingga ke pergelangan tangan lelaki itu cedera parah.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa lelaki itu hendak memberi makan lembu-lembu ternakannya, apabila semasa memasukkan rumput ke dalam mesin untuk dihancurkan, tangan kirinya termasuk dan tersepit ke dalam mesin berkenaan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker