‘Kegilaan’ lelaki China lakukan pembedahan plastik

JUMLAH lelaki China yang melakukan pembedahan plastik kini semakin meningkat berdasarkan bilangan mereka yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital bagi menjadikan wajah mereka kelihatan kacak.

Melakukan pembedahan pada wajah seperti mencantikkan hidung dan mata supaya kelihatan lebih tampan kini menjadi trend dalam kalangan golongan muda yang berpendidikan di negara berkenaan.

Firma perunding iResearch melaporkan industri kosmetik China kini bernilai 197 bilion yuan (RM125.5 bilion) dan angka itu meningkat berbanding hanya lebih 64 bilion (RM41 bilion) pada tahun 2015.

Laporan tersebut juga menganggarkan pada tahun 2019, China mempunyai lebih 80,000 klinik haram berbanding hanya 13,000 yang ditubuhkan mengikut undang-undang negara komunis berkenaan.

Ia juga menyatakan bahawa kira-kira 17 peratus pekerja lelaki kolar putih di China melakukan rawatan kosmetik dan majoriti daripadanya melakukan pembedahan plastik buat kali pertama sebelum mencapai umur 30 tahun.

Seorang pemuda berusia 27 tahun, Xia Shurong merupakan salah seorang daripada berjuta-juta lelaki muda yang membuat keputusan untuk menjadikan wajah mereka tampan di negaranya melalui pembedahan plastik.

Shurong berkata, penampilan dirinya perlu kelihatan lebih segar kerana sebelum menjalani pembedahan tersebut, dirinya kelihatan seperti seorang lelaki pertengahan umur.

“Saya membesar di kawasan luar bandar. Muka saya kelihatan gelap, kulit saya teruk jadi saya berpendapat penampilan diri pada umumnya saya tidaklah begitu baik,” katanya kepada AFP.

Dia sebelum ini telah menjalani pembedahan bagi membentuk semula hidungnya.

Ketika ditemui oleh agensi berita itu di Beijing, Shurong sedang melakukan persediaan untuk menjadikan wajahnya supaya kelihatan kacak dia telah pun membelanjakan sebanyak 40,000 yuan (RM25,688) untuk menjalani prosedur pada mukanya pada awal tahun ini.

Menurut Shurong, pembedahan wajah itu memberikannya keyakinan terhadap kerjaya dan kehidupan.

Seorang doktor yang melakukan prosedur bagi menjadikan wajah Shurong kelihatan kacak, Dr Xia Zhengyi berkata, dia mendapati terdapat peningkatan bilangan kaum lelaki yang datang berjumpa dengannya untuk menjalani prosedur bagi membolehkan muka mereka kelihatan tampan.

“Pembedahan boleh mengubah ekspresi wajah yang bagus dari segi perhubungan anda dengan orang ramai,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Lelaki muda

Dalam pada itu, menurut kajian yang dilakukan terhadap 8.9 juta pengguna aplikasi So Young, lelaki berumur dalam lingkungan 20-an paling ramai melakukan pembedahan untuk membentuk semula mata dan hidung.

Peningkatan bilangan kelas pertengahan di China turut meningkatkan minat golongan tersebut untuk melakukan pembedahan plastik di negara tersebut.

Seorang lelaki yang juga model, Nai Wen berkata, dia sudah menjalani lebih 60 prosedur pada wajahnya termasuk melakukan rawatan laser dan mempercayai bahawa pembedahan plastik telah mengubah nasih hidupnya.

Bagaimanapun, dia mengakui terdapat risiko yang akan menjadikan seseorang itu ‘ketagih’ melakukan pembedahan plastik.

Selain itu, terdapat kebimbangan tentang kualiti pembedahan plastik yang mana terdapat lebih 7,000 aduan berkaitan dengan industri kosmetik di negara tersebut.

Dalam pada itu, seorang ‘pempengaruh’ atau influencer di media sosial yang dikenali sebagai Xiaoran berusia 33 tahun meninggal dunia kerana jangkitan serius selepas menjalani prosedur menyedut lemak pada Julai lalu.

Klinik yang menjalankan rawatan terhadap Xiaoran yang merupakan seorang wanita kemudian telah ditutup selepas kejadian tersebut berlaku. – Agensi

‘Kegilaan’ lelaki China lakukan pembedahan plastik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker