MetMalaysia maklumkan cuaca buruk di 10 negeri petang ini

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga malam ini.

“Ia melibatkan keseluruhan Perlis, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur termasuk beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi dan Kubang Pasu.



“Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Besut dan Dungun,” katanya.

Bagi Pahang pula, hujan lebat diramalkan membadai Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.

Turut terlibat iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor sementara di Johor, hujan lebat hanya tertumpu di Segamat.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat, manakala di Sarawak hanya melibatkan Limbang,” ujarnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker