Hotel di Lembah Klang kembali sesak

Hotel di Lembah Klang kembali sesak. Tempahan bilik penginapan di kebanyakan hotel sekitar Lembah Klang hampir penuh berikutan kebenaran merentas daerah bagi individu lengkap dua dos vaksin di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian ke atas beberapa aplikasi tempahan hotel dalam talian mendapati kebanyakan hotel yang sebelum ini suram akibat Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu dijangka kembali sesak pada hujung minggu ini.

Hasil pencarian tempahan mendapati kebanyakan hotel bertaraf lima bintang terkenal di ibu kota memberi diskaun sehingga 80 peratus, selain menawarkan harga kurang daripada RM200 bagi penginapan sehari satu malam.

Terdapat juga sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu kota menawarkan harga penginapan serendah RM154 pada Sabtu.

Sinar Harian turut menghubungi beberapa hotel bertaraf lima bintang di Shah Alam dan sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi maklumat daripada seorang pegawai khidmat pelanggan yang ingin dikenali sebagai Farah, hotel tersebut menawarkan harga penginapan sekitar RM170 hingga RM230 semalam pada hujung minggu.

Namun, Farah menyarankan pelanggan membuat tempahan awal kerana harga dijangka meningkat sehingga RM240 semalam pada hujung minggu.

“Saya sarankan pelanggan tempah awal sebelum hujung minggu kerana selalunya harga meningkat jika mereka lambat menempah bilik berkenaan.

“Pelanggan juga boleh buat tempahan melalui aplikasi tempahan hotel kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding jika mereka datang secara terus ke hotel,” katanya.

 

Tempahan di laman web

Seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur yang enggan nama disiarkan berkata, hotel terbabit menerima jumlah panggilan ‘luar biasa’ pada Khamis.

Jelasnya, semua tempahan sudah mula dibuka di laman sesawang hotel itu dan pada aplikasi tempahan bilik hotel.

“Kita masih ada banyak bilik kosong, tetapi saya menjangkakan jumlah tempahan terus meningkat esok (Jumaat),” katanya.

Beliau memberitahu, pihak pengurusan hotel juga sudah bersedia dari segi prosedur operasi standard (SOP) mengekang Covid-19 seperti digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pelanggan masuk menginap.

“Kita hanya menerima pelanggan yang lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari sahaja untuk menginap di hotel ini.

“Kita menyediakan sarapan pagi dari bilik ke bilik. Manakala semua fasiliti seperti kolam renang ditutup,” katanya yang memaklumkan harga tempahan bilik biasa jauh lebih rendah iaitu RM186 berbanding harga biasa RM300.

 

Kebanyakan hotel di sekitar Lembah Klang menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus secara dalam talian, menyebabkan pelanggan mula berpusu-pusu menempah bilik penginapan menjelang cuti hujung minggu.
Kebanyakan hotel di sekitar Lembah Klang menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus secara dalam talian, menyebabkan pelanggan mula berpusu-pusu menempah bilik penginapan menjelang cuti hujung minggu.

 

Seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah hotel di ibu kota pula memberitahu, pihak hotel hanya menerima tempahan pelanggan yang ingin menginap menerusi aplikasi dan laman web yang disediakan.

“Kita tidak menerima tempahan secara terus melalui hotel kerana belum beroperasi sepenuhnya.

“Hanya beberapa bilik dibuka menerusi permintaan tempahan dan selebihnya ditutup sementara.

“Dari segi perkhidmatan pula, kami menawarkan sarapan pagi yang dihantar terus ke bilik,” katanya.

Seorang lagi pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah hotel di Shah Alam memberitahu, operasi hotel itu dibuka kepada pelanggan pada 24 September ini.

Jelasnya, buat masa ini ia beroperasi sebagai hotel kuarantin dan tidak dibuka kepada pelanggan.

“Kita tidak terima apa-apa tempahan bilik buat masa ini dan pelanggan boleh menempah dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya.

Hotel di Lembah Klang kembali sesak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cabul Perlembagaan Negara jika iktiraf UEC!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker