Kenali Greenland Shark Mampu Capai Usia Sehingga 400 tahun [VIDEO]

Kenali Greenland Shark Mampu Capai Usia Sehingga 400 tahun [VIDEO]
JERUNG Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama, malah mampu mencecah 400 tahun, menurut satu kajian pada 2016.
Malah pada tahun yang sama, saintis dari University of Copenhagen menemui jerung ini yang dianggarkan berusia 272 tahun dan disahkan haiwan vertebrata paling tua ketika itu.
Mari kita lihat beberapa fakta mengenai jerung ini:
  • Jerung Greenland hidup di perairan dingin seperti Lautan Artik dan Atlantik Utara, dengan suhu antara -1ºC hingga 10ºC.

  • Jerung ini berenang di dasar lautan dan kebiasaannya hanya boleh dilihat pada kedalaman 2,200 meter. Ini salah satu sebab mengapa tidak banyak yang diketahui mengenai Jerung Greenland.

  • Saintis menggunakan radiocarbon dating pada lensa mata jerung untuk mengetahui usianya.

  • Jerung ini membesar hanya satu sentimeter setahun, dan mencapai kematangan seksual pada usia sekitar 150 tahun.

Jerung Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama.

Jerung Greenland adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama.
  • Walaupun tidak pantas berenang, jerung ini boleh makan apa sahaja; anjing laut, beruang kutub malahan rusa juga pernah ditemui dalam perut mereka.

  • Bahan kimia dalam badan Jerung Greenland yang membolehkannya hidup dalam air sejuk dan dalam, menjadikan dagingnya beracun kepada manusia.

  • Tetapi masyarakat di Iceland telah menemui jalan keluar untuk mengatasi masalah ini. Daging jerung akan diperam dan dikeringkan selama berbulan-bulan sebelum dimakan.

  • Populasi jerung Greenland semakin rendah, namun ia penting bagi industri perikanan di perairan Norway, Iceland, dan Greenland. Jerung Greenland diburu untuk memperoleh liver oil yang dikatakan mempunyai manfaat kepada manusia.

  • Jerung Greenland kini disenaraikan sebagai “Near Threatened” oleh World Conservation Union (IUCN).

Kenali Greenland Shark Mampu Capai Usia Sehingga 400 tahun [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ikan Jerung Melompat Tinggi Dari Permukaan Laut

Nelayan kongsi detik cemas nyaris ditelan ikan paus



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker