Guan Eng langgar kuarantin kendiri?

Guan Eng langgar kuarantin kendiri? Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri yang bermula 1 hingga 10 September.

Guan Eng berkata, beliau hanya diberitahu pada 2 September berhubung perkara itu setelah menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini.

“Saya dituduh melanggar syarat kuarantin di rumah dari 1 hingga 10 September apabila saya menghadiri Persidangan DUN Pulau Pinang pada 2 September.

“Sebenarnya, saya hanya diberitahu pada 2 September bahawa saya mungkin berhubungan rapat dengan pesakit positif Covid-19 (sehari sebelum itu).

“Ini bermakna, saya diberitahu mengenai kuarantin kendiri itu selepas saya menghadiri Persidangan DUN Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menafikan bahawa beliau telah keluar secara terbuka untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi di kawasannya pada 2, 4 dan 8 September.

“Saya tidak pergi ke khalayak ramai untuk mengedarkan bungkusan makanan selepas 2 September. Hantaran Facebook mengenai pengedaran bungkusan makanan di kawasan Parlimen Bagan dibuat beberapa kali pada atau sebelum 31 Ogos,” katanya.

Jelas Guan Eng, beliau hanya berada di rumah untuk kuarantin kendiri setelah menghadiri Persidangan DUN Pulau Pinang pada 2 September dan kemudiannya diuji negatif.

“Kementerian Kesihatan secara rasmi telah mengeluarkan pesanan kuarantin diri selama 10 hari (1 hingga 10 September) pada 6 September dan saya diwajibkan memakai gelang merah jambu.

“Wakil rakyat DAP seperti Phee Boon Poh, Soon Lip Chee dan Sateesh Muniandy serta penerima yang hadir juga dapat membuktikan pengedaran bungkusan makanan yang dilakukan pada atau sebelum 31 Ogos.

“Hantaran Facebook mengenai pengedaran bungkusan makanan itu dibuat bukan pada hari yang sama tetapi setelah beberapa hari selepas program tersebut,” katanya.

Pada Rabu, Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Jurucakap Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Mohd Aswaad Jaafar juga telah mempersoalkan mengapa Guan Eng boleh hadir ke Persidangan DUN Pulau Pinang pada 2 September lalu, sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Sebelum itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September ini.

Guan Eng langgar kuarantin kendiri?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU-15

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker