Perlantikan Timbalan Speaker, Zahidi kata Ahmad Maslan belum bersalah

Datuk Seri Ahmad Maslan Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC. AZMAN GHANI / The Star

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jaminan itu juga sebagai komitmen kerajaan untuk menghormati konsep pengasingan kuasa yang diamalkan negara ini selain tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah.

ZAHIDI

SHAH ALAM – Kerajaan baharu memberi jaminan akan mempertimbangkan semula pelantikan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Parlimen sekiranya beliau disabitkan bersalah atas kes perbicaraan mahkamah ketika ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jaminan itu juga sebagai komitmen kerajaan untuk menghormati konsep pengasingan kuasa yang diamalkan negara ini selain tidak akan sesekali mencampuri urusan mahkamah.

Jelas beliau, keputusan kerajaan mencalonkan Ahmad adalah atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO dengan cadangan itu tidak menerima sebarang penolakan daripada parti-parti lain yang menyokong kerajaan.

“Kalau ada penolakan cadangan itu daripada parti-parti lain dalam kerajaan, UMNO akan bincang balik dan pertimbang semula calon lain tapi setakat ini tidak ada parti kerajaan lain yang menolak.

“Sekiranya beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen dan kemudiannya didapati bersalah atas kes mahkamah dihadapi, kerajaan bersedia mempertimbangkan semula status jawatan itu.

“Hal ini penting kerana sekarang ini, dalam sistem pengasingan kuasa diamalkan negara ini, kerajaan cuba untuk tidak mahu campur bidang kuasa mahkamah,” katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengesahkan kerajaan akan mencalonkan Ahmad sebagai calon tunggal blok itu bagi mengisi jawatan Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

Pencalonan Ahmad yang turut terpalit dengan kes mahkamah membabitkan dana 1MDB bersama beberapa pemimpin UMNO lain termasuk bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menyebabkan beliau dianggap sebagai salah seorang ahli Parlimen ‘kluster mahkamah’ daripada parti Melayu terbesar itu.

Perkembangan terkini itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, bahkan menganggapnya memberi kesan kepada tahap kemuliaan dan ketinggian Parlimen selaku badan perundangan negara.

Ahmad menjadi satu-satunya calon tunggal Timbalan Speaker Parlimen.
Ahmad menjadi satu-satunya calon tunggal Timbalan Speaker Parlimen.

 

Mohamed Nazri turut menamakan bekas Timbalan Speaker Parlimen sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), Nga Kor Ming sebagai calon daripada blok pembangkang bagi jawatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar menegaskan keperluan kerajaan mencalonkan Ahmad kerana UMNO tidak mahu dilihat berdepan isu salah faham serta perpecahan dalam kalangan pemimpin parti itu ketika ini.

“Justeru, kita cuba berikhtiar bagi memastikan hubungan pemimpin dalam UMNO masih terjalin erat dan utuh,” katanya.

Selain itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menegaskan kerajaan akan dilihat seolah-olah sudah menghukum mana-mana ahli Parlimen yang terpalit kes mahkamah sebagai bersalah, sekiranya golongan berkenaan langsung tidak dilantik mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan.

Jelas Zahidi lagi, alasan itu diperkuatkan dengan status kes mahkamah dihadapi Ahmad yang tidak nampak ‘berat’ serta ketiadaan bukti sahih yang jelas bagi menunjukkan beliau benar-benar bersalah atas setiap pendakwaan dihadapi.

“Kalau seseorang pemimpin itu sudah disabitkan hukuman bersalah atau berdepan pertuduhan kes yang nampak berat, tiada keperluan untuk kerajaan mempertimbangkan calon berkenaan bagi dilantik jawatan penting.

“Sebagai contoh, kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang nampak berat dan berpotensi untuk beliau disabitkan bersalah, menyebabkan kerajaan tidak melantiknya sebarang jawatan dalam kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Justeru, langkah diambil kerajaan dan UMNO ketika ini membuktikan kedua-dua entiti menghormati konsep pengasingan kuasa diamalkan negara ini,” katanya.

Perlantikan Timbalan Speaker, Zahidi kata Ahmad Maslan belum bersalah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ahmad Maslan dicalonkan sebagai timbalan speaker

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker