Ahmad Maslan dicalonkan sebagai timbalan speaker

Ahmad Maslan dicalonkan sebagai timbalan speaker

Kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menamakan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan sebagai calon tunggal untuk jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika dihubungi, mengesahkan pencalonan tersebut.



“Ya, sah. YB Pontian dicalonkan bagi jawatan timbalan speaker,” katanya kepada Malaysiakini.

Kami juga sedang menghubungi Ahmad bagi mendapatkan ulasannya tetapi setkat ini dia tidak menjawap sebarang panggilan.

Ahmad yang juga adalah setiausaha agung Umno sedang dibicarakan kerana pertuduhan pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM berhubung lebih RM2 juta yang diterimanya dari perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada tahun 2013.

Najib pada Julai tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Dia sedang mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.



Jawatan timbalan speaker kosong setelah Ahli Parlimen Umno Pengerang, Azalina Othman Said meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu. Mk

Ahmad Maslan dicalonkan sebagai timbalan speaker


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker