Lelaki mengamuk hayun sabit atas kereta polis ditahan [VIDEO]

Sebaran :

Lelaki mengamuk hayun sabit atas kereta polis ditahan

Polis menahan seorang lelaki yang sedang mengamuk sambil menghayunkan galah sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi tadi, lelaki yang dikatakan berusia lingkungan 60-an dipercayai kurang siuman itu, ditahan selepas mendapat bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang bertindak membuat semburan air ke arahnya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gopeng ketika dihubungi berkata, pihaknya telah membuat penangkapan terhadap lelaki berkenaan dan kenyataan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.



VIDEO DIBAWAH:-

Difahamkan, video tersebut telah dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan yang berdiri di atas kereta peronda polis menghayunkan galah sabit sambil menjeritkan sesuatu. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Lelaki mengamuk hayun sabit atas kereta polis ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)


Sebaran :

Leave a Reply