7 juta data penduduk Israel digodam



Sebaran :

7 juta data penduduk Israel digodam

PENGGODAM mendakwa mencuri maklumat peribadi tujuh juta penduduk Israel di laman sesawang City4U. – AFPPENGGODAM mendakwa mencuri maklumat peribadi tujuh juta penduduk Israel di laman sesawang City4U. – AFP

BAITULMUQADDIS: Seorang penjenayah siber yang dikenali dengan nama `sangkanicil’ mendakwa mencuri maklumat peribadi kira-kira tujuh juta penduduk Israel.

Jumlah itu merangkumi hampir 80 peratus populasi Israel.



Lapor The Jerusalem Post, maklumat peribadi itu diperoleh dengan menggodam sebuah laman sesawang yang digunakan oleh majlis perbandaran, City4U.

“Sekiranya benar maka ia boleh menjadi salah satu sindiket godam paling besar dalam sejarah Israel,” jelas laporan itu.

Dilaporkan, penggodam juga mendedahkan senarai maklumat peribadi penduduk Israel termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan borang cukai.

Tindakan itu bagi membuktikan penggodam berkenaan sudah mempunyai maklumat peribadi penduduk.



Menurut laporan itu, penggodam juga mendakwa berjaya memasuki sistem beberapa majlis perbandaran.

“Mereka juga menawarkan maklumat untuk dijual namun masih belum menetapkan harganya,” jelas laporan itu. AGENSI

7 juta data penduduk Israel digodam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)


Sebaran :


Leave a Reply