Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan

Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan – Puad

Bukankah Muhyiddin lebih berjiwa besar jika dia tidak menerima jawatan Pengerusi MPN?, soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Persoalan itu ditimbulkan beliau bagi menyanggah kenyataan Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin yang mendakwa bekas perdana menteri itu berjiwa besar kerana tidak mengambil imbuhan selepas dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ini kerana Tan Sri Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan sebagai perdana menteri.

Lagipun, katanya, kuasa seorang perdana menteri lebih besar daripada kuasa Pengerusi MPN namun beliau gagal.

”Sepatutnya dia tidak terima jawatan tersebut apatah lagi kalau memintanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Khairil Nizam juga kata tindakan Muhyiddin itu adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh orang lain, Mohd Puad berkata: “Sepatutnya bila sudah terbukti gagal dan terpaksa letak jawatan maka janganlah ambil balik jawatan,” ujar beliau.

Hujah Mohd Puad, apabila ketua pegawai eksekutif syarikat meletak jawatan kerana syarikat rugi, maka apakah dilantik semula untuk memulihkan prestasi syarikat.

“Maka wajarlah menteri kanan termasuk yang ada jawatan taraf menteri tidak lagi menerima jawatan menteri kerana terpalit dengan kerajaan gagal sebelum ini. Itu baru berjiwa besar namanya,” kata beliau. MG

Muhyiddin sudah diberi peluang selama 17 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker