Drone ‘kelawar’ misi Amerika takluki musuh

Drone ‘kelawar’ misi Amerika takluki musuh

Beberapa pakar pe­nerbangan percaya sebuah pesawat misteri yang dikesan di ruang udara Filipina mungkin merupakan dron rahsia RQ-180 milik Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Mail, seorang jurugambar landskap tempatan, Michael Fugnit merakam imej pesawat itu ketika sedang mengambil gambar pemandangan matahari terbit di tepi pantai Santa Magdalena di selatan Manila.

Fugnit berkata, ketika itu, dia mengesan dron berbentuk ‘kepak kelawar’ yang tidak kelihatan seperti pesawat ko­mersial atau tentera yang pernah dilihat sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarang The Drive, Tyler Rogoway, pesawat itu kelihatan sepadan dengan reka bentuk dron rahsia RQ-180 milik tentera udara AS.

Dron RQ-180 merupakan sebuah pesawat tanpa pemandu yang sedang diba­ngunkan oleh AS untuk misi di seluruh dunia.

Setakat ini, tentera udara AS tidak pernah mengakui kewujudan pesawat RQ-180 buatan Northrop Grumman.

Dron dikenali sebagai ‘Great White Bad’ atau ‘Shikaka’ me­rujuk kepada kelawar berwarna putih yang dipaparkan dalam filem Ace Ventura 2, didakwa antara aset yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Edwards.

AS hanya mendedahkan sedikit maklumkan mengenai dron itu yang dikatakan dibina untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh.

Pesawat RQ-180 dilaporkan memiliki bentuk serupa de­ngan pengebom model B-2 yang dihasilkan Northrop. Utusan

Drone ‘kelawar’ misi Amerika takluki musuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker