METMalaysia keluarkan amaran hujan peringkat buruk sehingga Sabtu

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di beberapa kawasan di Johor dan Pantai Timur Semenanjung, berkuat kuasa hingga Sabtu ini.

Kawasan terlibat adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman bagi Terengganu, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang) serta Mersing (Johor).

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia susulan luruan monsun berserta satu sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan dengan jangkaan pergerakan memasuki kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung.



Beliau berkata, hujan lebat berterusan dalam tempoh yang panjang boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

“Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga Sabtu ini membabitkan Kelantan; Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu; Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera, Pahang.

“Ia turut membabitkan kawasan di Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau menambah, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor serta Sarawak, Sabah dan Labuan diramal berterusan hingga Isnin depan.



METMalaysia keluarkan amaran hujan peringkat buruk sehingga Sabtu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker