“Saya pernah ditindih” – Bilik Zarul Umbrella setingkat bilik mayat

“Saya pernah ditindih” – Bilik Zarul Umbrella setingkat bilik mayat. Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul yang juga merupakan bekas pramugara mendedahkan dia pernah “ditindih” ketika transit di destinasi luar negara.

Berkongsi kisah seram dalam bilik hotel di Instagram, Zarul atau Zairulkefli Husin, berkata, kelebihan menjadi pramugara di syarikat penerbangan terkemuka mereka disediakan penginapan bertaraf enam bintang.

“Seronok bila dapat hotel yang cantik lima dan kadang-kadang enam bintang. Tapi tidak seronok kalau dapat bilik hotel yang berhantu dan “keras”.

“Tidak dinafikan hal ini selalu saya dengar daripada para senior dan saya sendiri pun pernah alami situasi mistik ini bila kena “tindih” dekat sebuah hotel yang mana dulunya hotel itu adalah sebuah hospital.

“Pula bilik saya itu dulu satu tingkat dengan bilik mayat, seram!,” coretnya yang mengajak anak-anak kapal lain untuk berkongsi sama kisah seram.

Zarul yang juga aktif sebagai YouTuber akan berkongsi banyak lagi pengalamannya “disambut penyambut tetamu” dalam bilik hotel menerusi saluran You Tube miliknya.

Menjengah ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati ramai pramugara dan pramugari serta mantan anak kapal mula membanjiri dengan kisah seram dalam bilik hotel ketika transit di destinasi masing-masing.

“Saya pernah ditindih” – Bilik Zarul Umbrella setingkat bilik mayat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muafakat Nasional perlu aktif dan diperkasakan semula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker