Tiga anak Shuib, Siti Sarah ‘dimarahi’ datuk, netizen yang menangis

Tiga anak Shuib, Siti Sarah ‘dimarahi’ datuk, netizen yang menangis

“Awak semua ini dipanggil anak yatim sebab tiada ibu.”

Itu antara ayat terluncur dari bibir Raissuddin Hamzah ketika menegur tiga cucunya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Allahyarham Siti Sarah semalam.

Menurut netizen, ayat tersebut antara yang mengundang sebak sehingga ada antara daripada mereka menitiskan air mata apabila melihat tiga anak kecil itu dimarahi oleh datuknya selepas dikatakan bergaduh sesama sendiri.


TANGKAP layar memaparkan antara netizen yang sebak menonton video tiga beradik itu ditegur datuknya.

“Mereka kena marah, aku pula yang ‘melalak’,” komen seorang netizen.

“Kasihan. Saya tak dapat tahan air mata bahagian ‘anak yatim,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan cara teguran Raissuddin kerana tindakan tersebut boleh membentuk akhlak dan semangat tiga beradik itu.

“Datuk marah tanda sayang. Semoga jadi anak-anak yang baik,” kata seorang netizen.

“Lihat Matin menangis, air mata aku pun meleleh sekali. Kasihan dia tak ada ibu nak pujuk,” tulis seorang netizen yang turut mengalirkan air mata.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan dan 99,000 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti kepulangan anak bongsu Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan untuk bertemu abang dan kakaknya.

Ayash yang dilahirkan pramatang pada 7 Ogos kini masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua minggu lagi.

Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat Covid-19.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada hari sama. K Online

Tiga anak Shuib, Siti Sarah ‘dimarahi’ datuk, netizen yang menangis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker