SPRM beri penjelasan penarikan balik 29 tuduhan rasuah bekas ahli lembaga pengarah FELDA

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas ahli lembaga pengarah FELDA Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid oleh pihak pendakwaan, berasaskan fakta dari siasatan lanjut.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu perkara tersebut bermula apabila tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di
bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 semasa perbicaraan telah berlangsung.

Menurut kenyataan itu, susulan daripada itu SPRM telah menjalankan siasatan lanjut berkenaan pembelaan terbabit.



“Berdasarkan dapatan baharu menerusi keterangan baharu yang dikemukakan, tertuduh berjaya membuktikan bahawa beliau telah membayar balik wang yang didakwa sebagai rasuah itu sebelum siasatan dimulakan.

“Saksi utama turut mengesahkan perkara tersebut sebagai wang pinjaman,” menurut kenyataan itu.

SPRM berkata, pihaknya telah merujuk kembali kes berkenaan kepada Pejabat Peguam Negara dan diputuskan perbicaraan tidak diteruskan berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan tersebut dan keputusan itu dibuat kerana keterangan saksi utama tidak konsisten.

“Pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei 2021,” menurut kenyataan.



Terdahulu, media melaporkan Transparency International Malaysia (TI-M) meminta SPRM menjelaskan kenapa kes rasuah terhadap Ehsanuddin ditarik balik.

Presidennya Muhammad Mohan berkata, keputusan menarik balik 29 tuduhan terhadap Ehsanuddin itu menimbulkan tanda tanya.

SPRM beri penjelasan penarikan balik 29 tuduhan rasuah bekas ahli lembaga pengarah FELDA


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MPN, apa kelainan Muhyiddin boleh buat sekarang?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker