Makcik Saadiah, Tular Kayuh Basikal Sejauh 5KM Hantar Makanan Ke lPD MeninggaI Dunia [VIDEO]

Makcik Saadiah, Tular Kayuh Basikal Sejauh 5 KM Hantar Makanan Ke lPD MeninggaI Dunia [VIDEO]

IPOH – Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang mengayuh basikal dari rumah sejauh lima kilometer selama 37 tahun untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik kerana sakit tua.

Lebih dikenali sebagai Mak Cik Saadiah, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang dan ingatan kepada Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud, yang pernah bertugas di IPD itu.

Alias, seorang jurubot polis terkorban dalam serang hendap komunis ketika bertugas pada 28 Ogos 1975.

Walaupun tahu suami telah tiada, namun Makcik Saadiah tetap mengayuh basikal menghantar makanan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.

Makcik Saadiah berasal dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik.

Menurut laman Facebook Viral Perak, Allahyarham Makcik Saadiah berusia 85 tahun menghembuskan nafas pada pukul 1.30 petang semalam.

“Alfatihah, dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Mak Cik Saadiah meninggal dunia sebentar tadi jam sekitar 1340 hrs di Hospital Gerik akibat sakit tua.

“Moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan orang orang yang bertaqwa. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin,” tulis pada laman Facebook itu.

Pada tahun 2012, Makcik Saadiah berhenti melakukan rutin menghantar makanan selepas insiden terjatuh basikal.

Ekoran itu, anaknya yang tinggal bersama bertindak membuka tayar basikal supaya ibunya tidak lagi mengayuh kerana khuatir mengundang bahaya.

Kisah Makcik Saadiah ini menjadi inspirasi satu iklan raya sebuah syarikat pengeluar minyak masak sempena Aidilfitri 2021 lalu yang sangat menyentuh hati. -K! ONLINE

VIDEO DIBAWAH:-

Makcik Saadiah, Tular Kayuh Basikal Sejauh 5 KM Hantar Makanan Ke lPD MeninggaI Dunia [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jaguh badminton paralimpik menang emas kedua negara

Patin Muncung Pupus Disebabkan El Nino

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker