Kerajaan DAP jual tanah untuk pulihkan ekonomi?
Kerajaan DAP jual tanah untuk pulihkan ekonomi?
GEORGE TOWN – Parti Gerakan mengkritik tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang didakwa menjual tanah dengan alasan untuk memulihkan ekonomi di negeri itu.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, Chow Kon Yeow sendiri mengakui perkara tersebut dalam ucapannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri bahawa pendapatan kerajaan negeri semakin kurang dan penjualan tanah langkah yang diambil untuk menambah pendapatan.
Jelas beliau, semua pihak sedia maklum yang tanah milik rakyat Pulau Pinang itu semakin kurang sejak budaya menjual tanah mula disemai pada zaman Ketua Menteri lama, Lim Guan Eng.
Selain itu, Tong Keong menegaskan, tindakan kerajaan negeri menjual tanah kepada Perbadanan Pembangunan Negeri (PDC) konon untuk membolehkan pihaknya mengutip cukai tanah daripada agensi itu adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan melucukan.
“Persoalan yang timbul di sini adakah tindakan menjual aset negeri yang dilakukan Kerajaan DAP bagi menjana duit itu merupakan langkah yang bernas?
“Rakyat Pulau Pinang sedih dengan langkah yang dijelaskan Kon Yeow untuk memulihkan ekonomi negeri itu malah ini sekali gus menunjukkan kerajaan DAP gagal dalam mentadbir Pulau Pinang.
“Kami tidak disangka peralihan kuasa pentadbiran oleh Kon Yeow masih mengikut jejak langkah Guan Eng iaitu dengan meneruskan penjualan tanah negeri ini untuk pertumbuhan ekonomi tanpa mengambil pendekatan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tong Keong turut mendakwa, sejak tahun 2011 sehingga kini, Kerajaan Pulau Pinang telah menjual 1,100 ekar tanah yang bernilai RM12.5 bilion.
“Zaman Guan Eng beliau mendakwa penjualan dibuat untuk membangunkan ekonomi negeri manakala Kon Yeow pula mendakwa untuk memulihkan ekonomi.
“Sepatutnya mereka (kerajaan negeri) perlu merangka pelan pemulihan ekonomi untuk 10 tahun bukannya menjual tanah dengan alasan memulihkan ekonomi,” tegas Tong Keong.
Dalam perkembangan sama, beliau turut meluahkan rasa sedih apabila melihat tiada wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Pulau Pinang.
“Terpulang kepada rakyat untuk menilai kerana wakil pembangkang sekurang-kurangnya akan mempertikaikan tindakan kerajaan negeri agar tidak boleh membuat sebarang keputusan sesuka hati,” kata Tong Keong. MG
Kerajaan DAP jual tanah untuk pulihkan ekonomi?
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.