Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Persoalan pertama yang diajukan kepada Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Arif Nazri, adakah tidak di dalam Islam makhluk yang dipanggil qarin?
Untuk membuktikan bahawa memang makhluk bernama qarin itu memang benar-benar wujud, Dr. Mohd. Arif memetik beberapa dalil. Yang pertama daripada surah Qaaf: 27-29, kemudian diikuti surah Ibrahim, al-Hasy-r dan al-Kahfi.
Di dalam surah Qaaf ayat 27-29,
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahanam, ia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat pada saat itu) qarin yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.”
Allah berfirman: ”Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaKu.”
Menurut Dr. Mohd. Arif, Ibnu katsir menjelaskan bahawa Ibn Abbas, Mujahid, Qatadah dan lain-lainnya berkata yang dimaksudkan dengan qarin yang sentiasa menyertainya adalah merujuk kepada syaitan yang diwakilkan untuk mendamping manusia.
Ada pun firman Allah, “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” Ibnu Abbas, Mujahid dan Qatadah mengatakan itu adalah merupakan perkataan syaitan nanti di hari kiamat.
Syaitan akan berhujah, bahawa aku yang akan menyesatkan manusia. Di situ sudah jelas menunjukkan bahawa syaitan memang biadab walaupun dia yang menyesatkan tapi masih tidak mengaku dan akan menyalahkan manusia.
Janji syaitan kepada Allah untuk menyesatkan manusia, maka hati-hatilah dengan tipu daya syaitan
Di dalam surah Ibrahim: 22, Allah berfirman,
“Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri.
“Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.”
Qarin Adalah Syaitan
Ayat di atas sudah jelas kejahatan syaitan yang kerjanya menyeru manusia kepada kejahatan. Namun pada hari kiamat kelak syaitan akan berlepas tangan terhadap semua perbuatannya kepada manusia.
Di dalam surah al-Hasy-r: 16, juga menyebut perkara yang sama,
“Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” setelah orang itu berlaku kufur, berkatalah syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam.”
Itu adalah sepintas lalu ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan qarin, ada pun apabila membicarakan tentang qarin yang dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. maka ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Mas’ud, Nabi bersabda:
“Tidak ada seorang di kalangan kamu melainkan ada diwakilkan kepada qarin di kalangan jin dan malaikat. Mereka berkata” termasuk engkau, ya Rasulullah? Baginda bersabda: Termasuk saya, hanya saja Allah menolongku sehingga dia (jin) masuk Islam maka dia tidak memerintahkan aku kecuali kebenaran.”
Sebagaimana kita tahu syaitan itu adalah dari keturunan jin berdasarkan surah al-Kahfi ayat 50,
“Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin maka ia menderhaka perintah tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang zalim.”
Ayat di atas adalah sebagai menyangkal dakwaan ramai bahawa iblis itu dari keturunan malaikat. Memang sudah jelas bahawa iblis itu dari keturunan jin. Sedangkan malaikat diciptakan Allah dari nur manakala jin adalah nyalaan api.
Untuk mengaitkan bahawa qarin itu dari kalangan syaitan, ia disebut di dalam hadis yang berkaitan orang lalu di hadapan ketika sedang solat. Rasulullah bersabda,
“Jika salah seorang di antara kalian solat dengan sesuatunya yang membatasinya dari manusia lalu ada seseorang yang ingin lewat di hadapannya maka cegahlah. Jika dia memaksa ingin lalu juga di hadapanmu maka halanglah. Jika dia masih memaksa maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghalangnya kerana bersamanya adalah syaitan.”
Itulah yang membuktikan bahawa qarin itu adalah dari kalangan syaitan. Sesungguhnya hadis dan ayat al-Quran telah menerangkannya dengan jelas tentang siapa qarin sebenarnya yang sering mendampingi manusia dan mengajak melakukan kemungkaran. Wallahu a’lam Utv
Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Baca Artikel Menarik :
- Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
- Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
- Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
- Papagomo digantung enam tahun
- Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
- Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
- TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
- Resepi Sotong Cili Padi Petai
- Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
- Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
- ‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.