Penyewa Enggan Bayar Sewa,Tuan Rumah Pula Terpaksa Merempat

Penyewa Enggan Bayar Sewa,Tuan Rumah Pula Terpaksa Merempat

New York: Pesara tentera Amerika Syarikat ini memiliki tiga rumah namun, terpaksa menumpang di rumah rakan bersama anak perempuannya buat sementara waktu, selain tinggal dalam kereta selepas penyewanya enggan membayar sewa.

Lebih malang, Brandie LaCasse tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas semua penyewanya itu berikutan masing-masing dilindungi di bawah dasar larangan pengusiran, susulan pandemik Covid-19.

Brandie yang juga ibu tunggal berkata, penyewanya tidak membayar sewa selepas dia meminta mereka keluar daripada unitnya, bahkan wanita itu menanggung tunggakan lebih AS$23,000 (RM95,886).

Dia memberitahu CBS tidak dapat mengusir penyewanya ketika ini kerana peruntukan pengusiran yang dikuatkuasakan negeri dan persekutuan.

“Saya menangis setiap malam memikirkan ‘mana duit saya?’ Saya tidak faham bagaimana mereka (kerajaan) boleh beri rumah saya kepada orang lain untuk mereka duduk secara percuma.

“Sedangkan saya yang membeli hartanah itu dengan segala kudrat dan kemampuan saya,” katanya.

Dasar larangan pengusiran diwujudkan untuk melindungi penyewa sepanjang tempoh pandemik, namun sesetengah pemilik hartanah menyifatkan mereka sebagai mangsa akibat dasar itu.

Pakar polisi perumahan yang juga profesor di Universiti Pennsylvania, Vincent Reina berkata, hampir 10 peratus pemilih hartanah di AS mengutip kurang daripada separuh sewa rumah pada 2020.

Katanya, pemilik yang memiliki kurang daripada enam unit rumah adalah golongan paling terkesan.

CBS menghubungi Carla McArthur iaitu seorang daripada penyewa Brandie, dan diberitahu wanita itu bahawa dia dan suaminya tidak dapat membayar sewa rumah kerana terjejas akibat Covid-19.

“Saya rasa bersalah kerana tidak dapat membayar sewa kepada dia tetapi kami hilang pendapatan. Saya dijangkiti Covid-19 dua kali, anak saya sekali dan suami saya juga sekali. Kami sangat terkesan dengan virus ini,” katanya.-New York Post

Penyewa Enggan Bayar Sewa,Tuan Rumah Pula Terpaksa Merempat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker