22 Tahun Beroperasi Akhirnya Selamat Tinggal Rasa Food Arena KLCC

22 Tahun Beroperasi Akhirnya Selamat Tinggal Rasa Food Arena KLCC

Medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC) mengumumkan penutupan premis berkenaan bermula esok selepas hampir 22 tahun berjasa kepada rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman media sosial @nieya_, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.



“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.

Sementara itu, warga kota terus melahirkan rasa terkejut dengan berita penutupan itu selain berkongsi kenangan terindah ketika menikmati makanan di premis tersebut.

“Banyak kenangan di medan selera ini,” kata Ain Ismail.



“Tidak dapat makan mi wantan lagi, rindunya” seloroh Shahriza Shazwan Sweeper.

“Akan merindui keow teow ‘sizzling’ dan nasi ayam,” luah Iyqa Ismail. – K! ONLINE

22 Tahun Beroperasi Akhirnya Selamat Tinggal Rasa Food Arena KLCC


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan



Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker