British ‘usir’ Melayu dari Kuala Lumpur secara terancang

Populasi penduduk Melayu di Kuala Lumpur menurun secara radikal sejak beratus tahun sehingga hari ini kerana ‘muslihat’ penjajah British.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penyelidik Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute), Hanis Noor berkata, ia dilakukan oleh British melalui strategi perbandaran kolonial serta strategi perang – Perang Klang.

Beliau berkata, pada tahun 1891 iaitu selepas berlakunya Perang Klang, demografi penduduk Melayu menurun secara radikal kepada 35 peratus sahaja. 



Manakala, jika disoroti pada tahun 1957, bilangan penduduk Melayu di Kuala Lumpur pada ketika itu hanya sebanyak 17 peratus, katanya. 

Keadaan ini sangat jauh berbeza daripada zaman Kesultanan Selangor pada tahun 1820 yang mana populasi penduduk Melayu adalah sebanyak 98 peratus, sementara baki dua peratus hanya buruh luar untuk mengerjakan lombong milik orang Melayu, katanya lagi.

“Ketika zaman Kesultanan Selangor, Kuala Lumpur sudah dijadikan sebagai penempatan Melayu dan perlombongan diusahakan. Lombong itu milik sultan dan diberi konsesi kepada penguasa Melayu untuk memakmur dan memajukannya. 

“Tetapi, apabila British menjajah, sultan terpaksa memberikan lombong kepada syarikat British,” katanya dalam Webinar Kemerdekaan IRIS: Penjajahan dan Penghapusan Tersusun Orang Melayu di Bandar yang berlangsung, malam ini.



Hanis berkata, pada ketika itu terdapat lima syarikat kapitalis dari London yang ingin menguasai industri perlombongan malah melaksanakan diskriminasi polisi terhadap orang Melayu. 

British telah melarang orang Melayu daripada melombong, katanya.

“Orang Melayu ini ditempatkan oleh British ke satu kawasan yang dinamakan Malay Agricultural Settlement yang kita kenal hari ini sebagai Kampung Baru.

“Mereka ditempatkan di sana untuk bertani, namun kawasan itu tanahnya tidak subur. Bayangkan kita dah dilarang daripada melombong, kita terpaksa bertani tetapi tak boleh dilakukan kerana tanah tidak subur,” katanya. 



Namun, nasib juga tidak menyebelahi syarikat dari British kerana kelima-lima syarikat itu gagal memajukan perlombongan di Kuala Lumpur atas sebab penguasaan buruh oleh kapitan Cina. 

“Akhirnya syarikat British gagal memajukan perlombongan di situ. Dalam catatan yang kami jumpa, direkodkan pada akhir tahun 1,800 atau awal tahun 1,900, anak buah kepada Yap Ah Loy iaitu Yap Ah Shak menguasai 43 buah lombong bijih timah di Kuala Lumpur, hasil daripada pembelian lombong daripada syarikat British, kerana mereka telah menguasai buruh Cina.

“Di sinilah hilangnya pegangan lombong orang Melayu, kemudian lahir golongan konglomerat. Sampai sekarang konglomerat itu masih meraih kekayaan,” katanya.

Selain itu, mengulas lanjut faktor penurunan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ketika itu, Hanis berkata, ia berpunca daripada suasana yang tidak kondusif. 



“Kuala Lumpur menjadi tempat industri pelacuran, candu, perjudian, pinjaman kredit atau ‘ah long’, secret society seperti kongsi gelap berleluasa ketika itu. 

“Bayangkan keluarga Melayu muslim nak hidup dalam keadaan itu. Jadi sehingga 1957, hanya 17 peratus sahaja orang Melayu yang mampu bertahan. Kerana orang Melayu sudah tidak selesa nak hidup di kawasan yang tidak mesra Melayu,” katanya.

Manakala, menurut data banci 2010, seramai 40.5 peratus penduduk ataupun juga digelar ‘warga malam’ di Kuala Lumpur merupakan penduduk bangsa Melayu, sementara bangsa Cina (39.1 peratus). 

“Perbezaan peratusan penduduk antara kedua bangsa ini hanya satu peratus. Orang Melayu tak sampai separuh. Daripada 40.5 peratus itu pula, mungkin lebih ramai dalam kategori M40, B40 dan dalam kategori penyewa bukan pemilik hartanah. 



“Jadi dakwaan konvensional bahawa orang Melayu menguasai Kuala Lumpur sebenarnya tidak 100 peratus lengkap,” katanya.

British ‘usir’ Melayu dari Kuala Lumpur secara terancang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Misi 100 hari bermula, apa hukuman jika tidak capai KPI?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker