Misi 100 hari bermula, apa hukuman jika tidak capai KPI?

Misi 100 hari bermula, apa hukuman jika tidak capai KPI?  Secara rasminya, paras kayu ukur (KPI) menteri dan timbalan menteri selama 100 hari bermula selepas majlis angkat sumpah di Istana Negara hari ini.

Seramai 69 ahli Parlimen yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membarisi jemaah menterinya mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, hari ini juga bermula situasi kritikan buat Jemaah Menteri untuk mencapai KPI sepanjang 100 hari sebelum berdepan dengan pelbagai tindakan.

Antara yang situasi relevan yang bakal dikenakan tindakan oleh Perdana Menteri sekiranya tidak mencapai KPI adalah digugurkan jawatan ataupun dipotong gaji.



Bagaimanapun, penganalisis politik berpandangan Ismail Sabri tidak akan mengambil tindakan drastik walaupun menteri dan timbalan menterinya tidak mencapai KPI yang ditetapkan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, Perdana Menteri tidak perlu untuk menukar menteri mahupun timbalan menteri walaupun mereka gagal mencapai KPI dalam tempoh 100 hari.

Ini kerana menurut Kok Seong, tempoh untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir.

“Kita harap dalam tempoh 100 hari ini, KPI mereka tercapai. Sebabnya nakhoda baharu dan gaya kepimpinan baharu (Perdana Menteri Baharu) mesti berbeza dengan nakhoda sebelumnya.



“Saya kira kalau gagal mencapai KPI sekalipun, Perdana Menteri tidak perlu lantik menteri baharu sebab tempoh kurang dua tahun sebelum PRU15 diadakan,” katanya kepada Sinar Premium pada Isnin.

Ismail Sabri semasa Pengumuman Kabinet Malaysia 2021 pada 27 Ogos menegaskan mahu setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Justeru katanya, barisan kabinet perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tidak diketahui apakah hukuman yang akan dibuat oleh Ismail Sabri terhadap mereka yang gagal mencapai KPI.



Biarpun tidak mengetahui apa hukuman yang bakal disediakan, Kok Seong berharap semua Jemaah Menteri tidak pandang ringan terhadap kenyataan yang dibuat Ismail Sabri.

“Walaupun ramai melihat Perdana Menteri baharu ini sebagai tidak agresif, tetapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

“Saya percaya Ismail Sabri ada cara tersendiri untuk membuktikan keberkesanannya,” katanya.

Ismail Sabri antara lain mahu menteri yang dilantik perlu berorientasikan tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah selain mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Dari kiri; Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Isnin.
Dari kiri; Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Isnin.

 

Tambahnya, barisan kabinet juga perlu bersifat lebih terbuka dengan mendekati aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

Bagi penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, semuanya terletak di atas bahu Ismail Sabri sama ada untuk menukar menteri lain ataupun diberikan masa tambahan sekiranya mereka gagal mencapai KPI.

“Pertamanya kita tidak tahu apa standard atau KPI yang ditetapkan kepada menteri oleh Perdana Menteri. Kalau kita tahu, baru kita boleh nilai.

“Kalau kepada yang tidak mencapai prestasi, sebaiknya mungkin bergantung kepada Perdana Menteri sama ada melihat mereka perlu diberi masa lagi atau tukar dengan menteri lain atau sebagainya.

“Terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri sebab nak lantik menteri ini atas budi bicara beliau,” katanya.

Beliau menambah bagaimanapun tempoh 100 hari ini tidak memberi jaminan buat menteri dan timbalan menteri untuk mencapai KPI terutamanya muka baharu yang membarisi Jemaah Menteri.

“Selalunya 100 hari ini terlampau pendek dan tidak banyak perkara boleh buat. Cuma kerajaan sedia ada ini bukanlah kerajaan baharu. Kerajaan sama seperti sebelum ini. Ada juga menteri di bawah portfolio sama.

“Sepatutnya tiada isu 100 hari ini boleh dilaksanakan kecuali mungkin pada menteri yang tukar portfolio atau yang baru jadi menteri. Itu mungkin mengambil masa. Tetapi kalau sudah ditetapkan oleh Perdana Menteri mereka kena buat kerja dalam 100 hari,” katanya.

Misi 100 hari bermula, apa hukuman jika tidak capai KPI?

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

 

Jemaah Kabinet Ismail Sabri selesai angkat sumpah

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker