Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM



Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM

PUTRAJAYA: Sebaik selesai istiadat angkat sumpah di Istana Negara pada Isnin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus bergerak ke Putrajaya untuk melapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau tiba di bangunan KKM pada jam 5.15 petang dengan kehadiran beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Turut mengiringi Khairy adalah Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan disusuli Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang.

Sebaik tiba, Khairy mengimbas kod MySejahtera sebelum menerima pas keselamatan.




Semua tetamu kehormat kemudian bergambar di lobi berlatar belakangkan hiasan sempena Bulan Kebangsaan sebelum Khairy terus naik ke pejabatnya di Tingkat 13.

Sebaik tiba di tingkat berkenaan, beliau kemudian mengimbas cap jari pada mesin ‘clock in’ sebagai simbolik beliau melapor diri secara rasmi ke Kementerian Kesihatan.

Khairy yang sebelum ini memegang portfolio Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dilabel sebagai antara menteri yang menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan barisan Kabinetnya pada Jumaat lepas menyenaraikan Khairy sekali lagi namun dengan portfolio berbeza, daripada MOSTI kepada KKM.

Menurut Ismail Sabri, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.




“Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik,” katanya dalam siaran langsung yang turut disiarkan Astro AWANI.

Semua 31 menteri dan 37 timbalan menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Isnin.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak dapat hadir kerana menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19.

Selesai angkat sumpah, Khairy terus lapor diri di KKM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: