Tanah Perkuburan Mula Diziarahi Dengan Mematuhi SOP

Tanah Perkuburan Mula Diziarahi Dengan Mematuhi SOP

Orang ramai dilihat mula mengunjungi tanah perkuburan bagi menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Tinjauan Kosmo! Online ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur hari ini mendapati lokasi tersebut mula dikunjungi kumpulan serta individu yang ingin menziarahi pusara ahli keluarga mereka.

Ada di antara mereka yang hadir turut dilihat mengambil kesempatan membersihkan tempat persemadian kekal ahli keluarga mereka itu malah ada yang turut mengambil peluang membacakan surah Yassin.

Dalam tinjauan bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari itu, kelihatan mereka yang hadir turut mengamalkan SOP yang telah ditetapkan seperti menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan bahawa aktiviti ziarah kubur di setiap negeri dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun orang ramai perlu mematuhi segala SOP ditetapkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang SOP khusus kepada orang ramai untuk menziarahi tanah perkuburan.

“Sebelum ini MKN ada mewujudkan SOP ziarah kubur namun ia dikaitkan ketika musim perayaan dan aktiviti tersebut tidak menjadi satu isu serta dibenarkan di luar musim perayaan.

“Jadi, aktiviti ziarah kubur dibenarkan dan ia mestilah tertakluk kepada SOP am yang diterbitkan kerajaan dari semasa ke semasa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tanah Perkuburan Mula Diziarahi Dengan Mematuhi SOP


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker