Tular lelaki bergelang putih pandu lalu di restoran makanan segera

Tular lelaki bergelang putih pandu lalu di restoran makanan segera

BUTTERWORTH: Polis mengesahkan menerima aduan berhubung tular beberapa keping gambar seorang lelaki dipercayai berada di bawah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) bertindak keluar dari rumah dan memandu di sebuah restoran makanan segera di Bagan Ajam, Butterworth hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan lelaki berkenaan.



Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu didakwa mengenakan gelang berwarna putih dan tindakannya itu tular selepas gambarnya dimuat naik ke laman Facebook sejak petang Ahad.

Lelaki itu dipercayai baru selesai membeli makanan segera melalui kaunter pandu lalu dan sedang menunggu pesanan siap ketika gambar dirakam.

Gambar itu memaparkan lelaki tersebut mengenakan pelitup muka berwarna hitam di bawah dagu sambil membuka tingkap kereta.

Turut kelihatan, seorang kanak-kanak yang menampal gel penyejuk badan pada dahi dipercayai sedang demam.



Pengguna Facebook mengecam tindakan lelaki tersebut dan dia sepatutnya sedang menjalani kuarantin di rumah, namun bertindak memandu keluar ke tempat awam.

Bagaimanapun ada di kalangan pengguna Facebook yang bersimpati dan mendakwa lelaki itu berkemungkinan terpaksa keluar membeli makanan berikutan tiada kenalan atau keluarga yang boleh membantu.

Tular lelaki bergelang putih pandu lalu di restoran makanan segera


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri berundur dari politik, isyarat jelas kepada ‘Dinosor Politik’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker