Polis giat buru suspek samun, Siti Nur Azizah kini stabil

Polis giat buru suspek samun, Siti Nur Azizah kini stabil

Usaha mengesan suspek kes samun bermotosikal di Jalan Kuching di sini sehingga mengakibatkan tangan seorang gadis terpaksa dibuang giat dijalankan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.



“Bagaimanapun, kita masih belum mengambil keterangan mangsa. Mangsa kini stabil dan telah sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Eng Lai meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan pembedahan buang tangan mangsa samun motosikal, Siti Nur Azizah Syafriadi selesai dan berjalan dengan lancar.

Abang saudara mangsa, Muhammad Khairul Azhar berkata, keadaan remaja berusia 17 tahun itu kini stabil dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



“Doktor maklum kini dia stabil cuma masih belum belum sedar lagi, mungkin akan sedar dalam masa terdekat ini, tidak pasti bila,” katanya.

Khamis lalu, Siti Nur Azizah bersama teman lelakinya menaiki motosikal cedera selepas dipercayai diserang serta disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.

Ketika kejadian, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu sebelum menarik tangan mangsa.

Suspek kemudian melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa.



Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum motosikal turut dilarikan suspek. Utusan

Polis giat buru suspek samun, Siti Nur Azizah kini stabil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker