PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet

PUTRAJAYA, 23 Ogos — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas rasminya sebagai Perdana Menteri kesembilan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.

–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, Aug 23 — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob begins his official duty as the ninth Prime Minister of Malaysia at his office at Perdana Putra today.
–fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan ia selepas beliau perlu menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” memetik kenyataan itu.

Istiadat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dijadual berlangsung jam 2.30 petang ini di Istana Negara.

Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau pada 27 Ogos lalu.

Selain pulang ke kampung halaman di Temerloh pada hujung minggu lalu, beliau turut menghadiri program 1 juta dos vaksin COVID-19 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, pada Ahad.

 

PM jalani kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah Kabinet


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker